New Packaging

wanPembungkusan dan pengenalan baru.

Info tentang Bika Ambon

Bika Ambon biasanya dapat bertahan dalam keadaan terbaik selama sekitar empat hari karena setelah itu kuih tersebut akan mulai mengeras. Namun anda dapat melembutkan kembali dengan cara mengukusnya selama kira-kira 15 hingga 20 minit.

image

Kuning Keemasan

image

Siap

image

Deliver to Kuala Lumpur.

image

Untuk penghantaran ke Kuala Lumpur

Bika Ambon Mini

Bika Ambon Mini

Bersaiz kecil sesuai untuk buah tangan acara perkahwinan.

Bika Ambon Pandan

Bika Ambon Pandan

Dengan aroma daun pandan yang harum bersesuaian dengan rasa.

Istana Maimon, Medan, Sumatera Utara.

Istana Maimon, Medan, Sumatera Utara.

Tergelincir sedikit dari topik Bika Ambon, tapi masih berkaitan Medan, Terdapat sebuah Istana di Kota Medan yang harus dilawati sekiranya anda berkesempatan kesana.

Sejarah Bika Ambon

Image

Bika Ambon adalah sejenis kuih berasal dari Indonesia. Terbuat dari bahan-bahan seperti telurgula, dan santan, Bika Ambon umumnya dijual dengan rasa pandan, meskipun kini juga tersedia rasa-rasa lainnya seperti duriankeju, dan coklat. Bika Ambon biasanya dapat bertahan dalam keadaan terbaik selama sekitar empat hari karena setelah itu kuih tersebut akan mulai mengeras. Namun anda dapat melembutkan kembali dengan cara mengukusnya selama kira-kira 15 hingga 20 minit.

Menurut penjelasan M Muhar Omtatok, seorang seorang budayawan dan sejarawan Indonesia, Kuih Bika Ambon diilhamkan dari Kuih khas Melayu iaitu Bika atau Bingka. Seterusnya diubahsuai dengan bahan penaik berupa Nira/Tuak Enau hingga berongga & berbeza dari kuih Bika atau Bingka khas Melayu itu. Selanjutnya M Muhar Omtatok menyebutkan bahawa kuih ini disebut Bika Ambon karena pertama sekali dijual & popular di simpang Jalan Ambon – Sungai Kera Medan.

Bika ambon dikenal sebagai oleh-oleh khas Kota MedanSumatera Utara. Di Medan, Jalan Mojopahit di daerah Medan Petisah terdapat sekitar 30 kedai yang menjual kuih ini. Setiap kedai di lokasi ini dapat menjual lebih dari 1.000 biji Bika Ambon setiap hari dan semakin meningkat apabila menjelang hari raya. Diperkirakan, sebutan Bika Ambon muncul dari kebiasaan masyarakat yang dahulu baru mengenal bika yang dihasilkan di Jalan Ambon, Medan. Penyebutan Bika Ambon akhirnya menjadi tradisi seiring dengan berkembangnya industri makanan ini.

Lapis Legit Prune

Lapis Legit Prune

Antara produk yang akan menemui anda selepas hari raya ini, Spekkoek @ Kek Lapis Legit. Sejenis kek yang berasal dari Belanda. Kek yang cair dimulut dengan aroma rempah ratus yang diadun khas dan di panggang secara perlahan selama lebih 3 jam penghasilannya. Akan mula di keluarkan selepas Aidilfitri. Dalaman kek boleh dipilih dengan berbagai perisa antaranya Prune,Strawberry, Mocca dan Coklat.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 546 other followers