Antara produk yang akan menemui anda selepas hari raya ini, Spekkoek @ Kek Lapis Legit. Sejenis kek yang berasal dari Belanda. Kek yang cair dimulut dengan aroma rempah ratus yang diadun khas dan di panggang secara perlahan selama lebih 3 jam penghasilannya. Akan mula di keluarkan selepas Aidilfitri. Dalaman kek boleh dipilih dengan berbagai perisa antaranya Prune,Strawberry, Mocca dan Coklat.
Daily Archives: August 4, 2013
Sejarah Bika Ambon
Bika Ambon adalah sejenis kuih berasal dari Indonesia. Terbuat dari bahan-bahan seperti telur, gula, dan santan, Bika Ambon umumnya dijual dengan rasa pandan, meskipun kini juga tersedia rasa-rasa lainnya seperti durian, keju, dan coklat. Bika Ambon biasanya dapat bertahan dalam keadaan terbaik selama sekitar empat hari karena setelah itu kuih tersebut akan mulai mengeras. Namun anda dapat melembutkan kembali dengan cara mengukusnya selama kira-kira 15 hingga 20 minit.
Menurut penjelasan M Muhar Omtatok, seorang seorang budayawan dan sejarawan Indonesia, Kuih Bika Ambon diilhamkan dari Kuih khas Melayu iaitu Bika atau Bingka. Seterusnya diubahsuai dengan bahan penaik berupa Nira/Tuak Enau hingga berongga & berbeza dari kuih Bika atau Bingka khas Melayu itu. Selanjutnya M Muhar Omtatok menyebutkan bahawa kuih ini disebut Bika Ambon karena pertama sekali dijual & popular di simpang Jalan Ambon – Sungai Kera Medan.
Bika ambon dikenal sebagai oleh-oleh khas Kota Medan, Sumatera Utara. Di Medan, Jalan Mojopahit di daerah Medan Petisah terdapat sekitar 30 kedai yang menjual kuih ini. Setiap kedai di lokasi ini dapat menjual lebih dari 1.000 biji Bika Ambon setiap hari dan semakin meningkat apabila menjelang hari raya. Diperkirakan, sebutan Bika Ambon muncul dari kebiasaan masyarakat yang dahulu baru mengenal bika yang dihasilkan di Jalan Ambon, Medan. Penyebutan Bika Ambon akhirnya menjadi tradisi seiring dengan berkembangnya industri makanan ini.